Perhatian kepada pengendali kenderaan barangan, pengendali kenderaan pengangkutan awam dan pemegang lesen kenderaan pelancongan ataupun kepada pengusaha lori persendirian, kini anda perlu mengambil tahu dengan sistem GPS Gateway iaitu sistem pemantauan kenderaan perdagangan yang diterajui oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Apa itu Sistem GPS Gateway APAD?

Pada Januari 2022 hingga Disember 2022 yang lepas, APAD telah mengawasi projek proof of concept (POC) untuk pembangunan dan pelaksanaan sistem pemantauan kenderaan perdagangan yang dikenali sebagai GPS Gateway. Sistem GPS Gateway ini dibangunkan untuk membantu APAD dalam memantau operasi pengendali kenderaan barangan, pengendali kenderaan pengangkutan awam dan pemegang lesen kenderaan pelancongan dengan lebih berkesan. 

Sistem ini akan mengumpul data dari sistem GPS yang dipasang dalam kenderaan perdagangan. Syarikat TCT Apps Solution Sdn Bhd telah diberikan kebenaran untuk menjalankan projek POC ini untuk mendapatkan maklumat penggunaan GPS oleh syarikat-syarikat pengangkutan awam darat yang berdaftar dengan APAD. 

Oleh itu, APAD memohon kerjasama semua Pengendali Berlesen atau Pemegang Lesen untuk mengintegrasikan sistem GPS sedia ada syarikat dengan Sistem GPS Gateway ini. 

Bagaimana Terminal Tracker boleh membantu anda?

Pertamanya, pengusaha lori, pengendali lesen atau pemegang lesen kenderaan perdagangan yang tertakluk kepada pematuhan kepada Sistem GPS Gateway APAD ini yang belum mempunyai sebarang sistem GPS, anda kini boleh mendapatkan sistem GPS tracker dari kami di Terminal Tracker pada harga yang berpatutan dan yang paling penting, boleh berintegrasi dengan Sistem GPS Gateway.

Keduanya, walaupun  pengusaha lori, pengendali lesen atau pemegang lesen kenderaan perdagangan sudah membeli dan memasangi sistem GPS tersendiri, kami di Terminal Tracker boleh membantu anda untuk mengintegrasi sistem GPS anda dengan Sistem GPS Gateway. 

Jadi, jika anda mempunyai lori dan tak lepas permit oleh kerana tidak mematuhi piawaian Sistem GPS Gateway ini, anda tidak perlu risau. Kami boleh membantu anda!

Tentang Terminal Tracker

Di Terminal Tracker, kami menawarkan teknologi GPS tracker terkini dan perkhidmatan pelanggan yang pasti memuaskan hati anda. Yang paling penting, sistem GPS tracker Terminal Tracker boleh berintegrasi dengan Sistem GPS Gateway APAD, jadi pemilik lori tidak perlu lagi risau tentang isu tidak lepas permit kerana GPS tracker. 

Kami menjamin bahawa produk kami akan membantu anda menjimatkan wang dan meningkatkan produktiviti operasi perniagaan anda. Kini sudah tiba masanya untuk anda mencuba sendiri sistem Terminal Tracker, penyedia sistem GPS Tracker terbaik Malaysia!

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

Copyright © 2022 Terminal Tracker. All rights reserved.

Digital Marketing Malaysia by Jom.com.my