Pernah tak anda mengalami peristiwa terlupa di mana anda meletakkan kereta, terutama sekali di shopping complex? Mesti gelabahkan. Atau peristiwan dimana kereta yang dihantar dan ditinggalkan untuk service disalahguna oleh pusat service itu sendiri. Tiba-tiba ternampak je kereta yang kita hantar tu elok berada di atas jalan raya. Apa kita rasa?
Tahu tak pada masa ini, terdapat satu alat yang dipanggil car tracker yang boleh track keberadaan kereta anda pada setiap masa dengan hanya memasang peranti dan install apps? Manalah tahu kalau-kalau kereta anda menjadi sasaran pencuri atau disalahgunakan oleh sesiapa.
Dengan pelbagai fungsi keselamatan, kini kita dah tak perlu risau lagi tentang kereta anda. Walaupun berjaya dicuri atau terlupa parkir dimana tapi dengan mudah boleh dijejak dengan cepat dan sangat pantas. Dengan pelbagai fungsi keselamatan dan advance features, car tracker ini sangat-sangat membantu.
Mengikut statistik pada tahun 2020, setiap 1 jam 15 minit sebuah kenderaan berjaya dicuri atau lebih kurang 20 kenderaan dicuri setiap hari. Secara total sebanyak 4,596 melibatkan kereta. (sumber: utusan). Inilah kepentingan car tracker untuk dipasang pada kereta anda. Kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingannya masih lagi rendah pada masa ini.
Bagaimana Car Tracker Berfungsi
Teknologi GPS car tracker sekarang bukan sekadar hanya menunjukkan titik yang bergerak atau sekadar jejak pada peta, malah mampu memberikan lebih maklumat antaranya, real-time information pada kereta dan keadaan sekeliling. Selain itu ia juga menyediakan informasi tentang kelajuan kereta, lokasi dan juga driver behaviour. Peranti dan juga apss dipasang pada kereta dan disambungkan kepada handphone atau laptop oleh qualified installer supaya anda boleh memantau kereta anda di skrin pada bila-bila masa. Di Terminal Tracker kami mempunyai fast and reliable human support bukan sekadar berurusan dengan mesin atau robot.
Tujuan dan Kebaikan Car Tracker Dipasang
Ada banyak tujuan car tracker dipasang bergantung kepada individu atau pun syarikat.
Jika kereta adalah milik syarikat antara tujuan atau kebaikan car tracker adalah
- Melindungi kenderaan dari dicuri
- Memantau pergerakan kereta syarikat supaya tidak disalahguna untuk keperluan peribadi.
- Memantau corak pemanduan pemandu dan menggunakan kereta secara berhemah.
- Meningkatkan produktiviti terutama syarikat penghantaran
- Penjimatan kepada kos operasi dan minyak
Bagi pemilik kereta individu pula selain daripada melindungi kereta dari dicuri, car tracker sangat membantu dalam
- Menjejak kereta jika terlupa parkir dimana-mana terutamanya di pusat membeli belah yang besar atau di kawasan terbuka dan luas.
- Membantu ahli keluarga yang lain menjejak anda jika melakukan perjalanan yang jauh. Jika berlaku kemalangan cepat boleh tahu dan melakukan tindakan yang sewajarnya.
- Menangkap pasangan yang curang.
- Menjejak anak remaja anda kemana mereka pergi jika risau dengan keselamatan mereka terutama anak remaja yang baru memiliki lesen memandu.
- Mendapat bantuan segera jika anda terkandas atau kemalangan, terutama jika anda sendiri tidak biasa dengan kawasan tersebut.
Secara ringkasnya memasang car tracker pada kereta anda adalah salah satu cara yang paling berkesan dan efektif untuk melindunginya dari jenayah atau kecuaian. Harga pula bergantung kepada peranti yang digunakan. Terminal Tracker ada peranti car tracker yang mampu milik dengan promosi yang hebat dan kami juga mempunyai pasukan installer yang berpengalaman untuk memasang peranti ini di seluruh Malaysia. Dalam masa jangka panjang ia boleh menjimatkan banyak kerumitan pada masa akan datang.