Pernah dengar tentang GPS tracker? Bagi yang belum pernah dengar, ia adalah satu alat atau peranti pengesan, dimana kegunaan utamanya adalah mengesan atau menjejaki sesuatu objek, kenderaan atau manusia. Jika di buat carian dalam google menggunakan perkataan GPS Tracker Malaysia pasti akan terpapar dengan banyaknya mengenai GPS tracker. Terminal Tracker adalah salah satu syarikat yang pengedar dan penyedia perkhidmatan GPS Tracker di Malaysia. 

Di Malaysia GPS tracker ini masih baru, namun ramai yang sudah mula ada kesedaran kepentingan GPS tracker. Banyak kegunaan GPS tracker ini, antaranya adalah untuk keselamatan dan bagi majikan ia dapat mengurangkan kos pengurusan. Tetapi ada juga yang menggunakan GPS Tracker ini untuk “track” pasangan atau pekerja yang menyalahgunakan kenderaan syarikat.  

Siapa yang perlukan GPS Tracker Malaysia?

Mengikut sumber Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada tahun 2020, dilaporkan sebanyak 21,578 kes kecurian kenderaan dan 16, 057 kes adalah kecurian motorsikal. GPS Tracker Malaysia yang dipasang oleh Terminal Tracker boleh juga dipasang pada motosikal. Tidak terhad kepada kereta atau lori sahaja. 

Siapa sahaja boleh mendapatkan GPS tracker ini antaranya:

  • Pemilik kenderaan untuk memantau kenderaan yang dipakir terutama sesiapa yang duduk dikawasan apartment.
  • Majikan, yang perlu memantau kenderaan syarikat daripada disalahguna.
  • Pemilik syarikat yang menjalankan perniagaan sewa kenderaan.
  • Pasangan. Biasanya digunakan untuk memantau pergerakan pasangan. Ia boleh jadi bersifat masalah rumahtangga atau bersifat kepada keselamatan pasangan.

GPS tracker Malaysia boleh dipasang pada apa sahaja kenderaan dan tidak terhad kepada kereta sahaja. Di Terminal Tracker anda bukan sahaja membeli GPS tracker, tetapi anda juga membeli pengalaman GPS dengan sokongan team Terminal Tracker yang boleh dipercayai.

Kegunaan GPS Tracker

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penemuan seorang mayat bersama kenderaannya yang hilang lebih dari 6 bulan dijumpai di sebatang sungai. Ramai yang mencadangkan selepas ini jika berada di jalanan kongsikan “live location” melalui aplikasi whatsapp. Tapi tahukah anda “live location” tu hanya boleh dikongsi selama 8 jam sahaja.

Dengan GPS Tracker Malaysia yang dipasang oleh Terminal Tracker, “live location” ini boleh dikesan setiap masa menggunakan aplikasi atau dalam erti kata lain “Real-Time Tracking Mobile App”, ada mode vibration juga serta boleh memantau kelajuan kenderaan yang dibawa. Penggunaan GPS tracker ini tidak mudah digodam, dicuri atau dibuka.   

GPS Tracker di Malaysia walaupun masih baru, anda perlu tahu manfaat yang boleh didapati dengan memasang GPS tracker ini antaranya:-

  • Mudah untuk mengetahui lokasi terakhir kenderaan di jalanan
  • Boleh memperbaiki gaya pemanduan 
  • Boleh semak dan pantau kenderaan yang dibawa oleh orang lain
  • Mengesan dengan cepat, jika kenderaan hilang, dicuri atau kemalangan
  • Membantu di dalam pengurusan jadual perjalanan kenderaan 
  • Membantu mengurangkan kos pentadbiran syarikat, di mana penyalahgunaan kenderaan syarikat dapat di kurangkan

Secara ringkasnya GPS tracker bukan jaminan kenderaan tidak hilang, dicuri atau sebagainya, tetapi ia satu komitmen anda kepada kenderaan anda supaya tidak hilang. Dengan Terminal Tracker, kami memiliki teknologi GPS yang canggih, real-time tracking mobile app, sistem sokongan team Terminal Tracker, memberi nilai kepada duit yang dilaburkan, juruteknik pemasangan di seluruh Malaysia dan juga peratus yang tinggi jumpa semula kenderaan yang hilang. Anda akan dapat lihat kesan yang positif selepas beberapa bulan pemasangan dari segi kos kewangan dan pengurusan, kecekapan proses penghantaran dan urusan logistik. Jangan buang masa lagi, inilah masanya untuk dapatkan khidmat Terminal Tracker, GPS Tracker Malaysia yang paling reliable!

TERMINAL TRACKER: CAR TRACKER
Pernah tak anda mengalami peristiwa terlupa di mana anda meletakkan kereta, terutama sekali di shopping

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

Copyright © 2022 Terminal Tracker. All rights reserved.

Digital Marketing Malaysia by Jom.com.my